fbpx
Youtube bakal lancarkan pesaing TikTok dikenali ‘Shorts’

Youtube bakal lancarkan pesaing TikTok dikenali ‘Shorts’

Bacaan < 1 minit

Youtube bakal lancarkan pesaing TikTok dikenali ‘Shorts’

TikTok merupakan aplikasi perkongsian video yang popular dikalangan pengguna laman media sosial. Tiktok merupakan platform yang menarik jutaan pengguna untuk mempamerkan kreativiti mereka didalam penghasilan video pendek.

Melihat perkembangan TikTok  yang berjaya menarik jutaan pengguna  yang sentiasa mencetuskan fenomena video viral ,membuatkan Youtube merancang strategi yang serius untuk menyaingi TikTok.

Menurut laporan terbaru, Youtube dikatakan bakal melancarkan pesaing TikTok dikenali sebagai  Shorts menjelang akhir tahun ini.

Shorts bakal hadir sebagai ciri terbaru dalam Youtube yang membolehkan pengguna memuat naik video pendek pada ruangan feed. Pengguna boleh menggunakan muzik berlesen pada katalog Youtube Music sebagai muzik latar belakang untuk Shorts.

Terdahulu Youtube telah melancarkan ciri Stories untuk menyaingi Instagram dan Snapchat. Ciri Stories pada Youtube boleh digunakan oleh creator untuk menghasilkan kandungan seperti kemas kini yang lebih ringkas dan boleh didapati pada bahagian tab langganan.

Tidak seperti video, Stories ini terhad kepada subscriber saluran tersebut sahaja dan kemungkinan perkara sama akan dilakukan pada Shorts.

Sumber: The Verge, 9to5Google