Hadir dengan Pengecasan Magnetik
Xiaomi telah melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Mi Band 5. Peranti boleh pakai Mi Band yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peminat kini menawarkan beberapa ciri penambahbaikan menarik pada harga mampu milik melalui penawaran peranti Mi Band 5.
Mi Band 5 hadir dengan skrin AMOLED yang kini bersaiz 20% lebih besar berbanding Mi Band 4 iaitu 1.2 inci. Selain peningkatan saiz skrin, Mi Band 5 turut menawarkan antaramuka daripada animasi popular seperti Detective Conan, Neon Genesis Evangelion, Hatsune Miku dan SpongeBob SquarePants.
Antara ciri yang menarik perhatian pada Mi Band 5 adalah pada cara pengecasan peranti tersebut. Jika Mi Band model terdahulu memerlukan pengguna mengeluarkan ‘badan’ daripada tali jam untuk mengecas, kini tidak lagi pabila Mi Band 5 hadir dengan pengecasan magnetik.
Mi Band 5 juga hadir dengan beberapa mod sukan baru iaitu 11 mod sukan jika dibandingkan dengan Mi Band 4 yang hanya menawarkan 6 mod sukan sahaja. Memandangkan COVID-19 menggalakkan orang ramai untuk berada di rumah, penawaran mod sukan indoor activity pada Mi Band 5 antara ciri yang bertepatan dengan norma baru.
Berikut merupakan 11 mod sukan yang terdapat pada Mi Band 5:
- Outdoor running
- Treadmill
- Cycling
- Walking
- Freestyle
- Pool swimming
- Elliptical (New)
- Rowing machine (New)
- Jump rope (New)
- Indoor cycling (New)
- Yoga (New)
Disamping itu, Mi Band 5 juga menyokong fungsi kitaran haid yang memudahkan pengguna wanita untuk memantau ovulasi serta kitaran haid mereka. Antara ciri menarik yang turut hadir adalah ciri kawalan kamera telefon pintar yang dihubungkan pada Mi Band 5.
Buat masa ini, Mi Band 5 ini diumumkan untuk pasaran China dahulu dan akan diperkenalkan diperingkat global pada bulan Julai hadapan. Untuk pasaran China, peranti Mi Band 5 ditawarkan pada harga 189 Yuan (~RM 113) manakala untuk versi NFC pula berharga 229 Yuan (~ RM 137).
How soon? Sooner than you expect🔥🔥🔥 #MiSmartBand5 pic.twitter.com/j1Gwyp5LsW
— Xiaomi (@Xiaomi) June 11, 2020
Sumber: Xiaomi, XDA Developers