Gila gadgets

Xiaomi Melancarkan Tiga Peranti Di Bawah Siri Mi 10

Bacaan 3 minit

Tiga Peranti Siri Mi 10 – Mi 10, Mi 10 Pro dan Mi 10 Lite

Berikutan penularan COVID-19, Xiaomi telah menangguhkan pelancaran Siri Mi 10 yang sepatutnya dijadualkan pada bulan Februari. Kini Xiaomi telah rasmi melancarkan 3 telefon pintar terbaru mereka secara dalam talian iaitu Mi 10, Mi 10 Pro dan Mi 10 Lite.

Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai spesifikasi skrin yang sama iaitu Skrin AMOLED 6.67” DotDisplay dengan resolusi 2340 x 1080 FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai 4 kamera utama. Kamera utama Mi 10 dibarisi 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 7P lens, OIS) +13MP Ultra Lebar (f/2.4 aperture) + 2MP Depth + 2MP Makro. Manakala Mi 10 Pro pula hadir dengan 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 8P lens, OIS) + 20MP Ultra Lebar (f/2.2 aperture) + 8MP Telefoto (10x zum hibrid, f/2.0 aperture, OIS) + 12MP Telefoto (10x zum optikal). Manakala kamera hadapan kedua-dua Mi 10 dan Mi 10 Pro pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 20MP.

Mi 10 mempunyai bateri berkapasiti 4780mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh sertamenyokong pengecasan pantas 50W. Kedua-dua peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C.

Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. Disamping itu, Mi 10 dan Mi 10 Pro juga mempunyai RAM LPDDR5 8GB berserta storan dalaman UFS 3.0 265GB.

Mi 10 akan dijual dipasaran global pada harga €799 (RM~3,850) dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Coral Green dan Twilight Grey.

Mi 10 Pro pula dijual pada harga €999 (~RM4, 810) dan hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Alpine White dan Soltice Grey.

Telefon Pintar yang turut dilancar bawah siri Mi 10 adalah Mi 10 Lite. Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED 6.57” TrueColour Display serta sensor pengimbas cap jari dalam skrin.

Mi 10 Lite mempunyai kamera utama quad AI 48MP serta kamera hadapan 16MP yang terletak dalam skrin bertakuk. Sama seperti Mi 10 dan Mi 10 Pro, Mi 10 Lite juga mempunyai sokongan 5G dan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G dengan teknologi LiquidCool.

Mi 10 Lite mempunyai bateri berkapasiti 4160mAh. Selain itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 20W. Disamping itu , peranti ini turut ditawarkan dalam 2 pilihan saiz storan dalaman iaitu 64GB dan 128GB.

Mi 10 Lite akan dijual pada harga permulaan €349 sekitar awal Mei akan datang.

Sumber: Xiaomi