Video Instagram Live Kini Boleh Disimpan Di IGTV

Video Instagram Live Kini Boleh Disimpan Di IGTV

Instagram Live adalah medium perkongsian video secara langsung dimana ianya terhad kepada tontonan selama 24 jam di Instagram Stories. Selepas tempoh 24 jam, video siaran langsung tersebut akan dipadam.

Berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, semua orang dikehendaki duduk dirumah dan sesi pembelajaran serta kerja dilakukan dari rumah. Oleh yang demikian, platform sosial media terutamanya Instagram Live sering dijadikan medium interaksi antara pengguna dan pengikut mereka.

Memahami perkara tersebut, Instagram mengambil langkah dengan menawarkan ciri terbaru untuk Instagram Live dimana setiap perkongsian siaran langsung kini boleh disimpan terus di IGTV.

Melalui penawaran ciri terbaru dari Instagram ini, siaran langsung di Instagram Live kini boleh ditonton oleh pengguna lain selepas 24 jam. Selain itu, pengguna yang membuat siaran langsung juga dapat menyimpan video Instagram live mereka yang mereka rasa berharga atau mempunyai nilai sentimental agar dapat ditonton semula dikemudian hari.

Sumber: Instagram

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *