Gila gadgets

Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

Bacaan 2 minit

Twitter Sedang Menguji Fungsi ‘Stories’ Yang Dinamakan Fleet

Twitter dilaporkan sedang menguji versi Stories mereka sendiri yang dinamakan ‘Fleet’. Fleet membolehkan pengguna Twitter berkongsi kandungan ke Twitter, dimana Fleet tersebut akan hilang dalam tempoh 24 jam sama seperti fungsi Stories pada platform media sosial yang lain.

Twitter adalah salah satu platform media sosial yang popular. Tetapi terdapat sebahagian pengguna Twitter yang tidak selesa menulis tweet mereka kerana tweet bersifat terbuka dan kekal pada umum. Selain itu, tweet juga mempunyai Retweet dan Like dimana berapa banyak Retweet atau Like yang mereka dapat mempengaruhi emosi seseorang. Dengan adanya Fleet ini, Twitter berharap pengguna mereka akan lebih terbuka untuk berkongsi.

Untuk Fleet, pengguna hanya perlu menekan butang ‘+’ pada bahagian atas halaman utama Twitter. Pengguna Twitter boleh Fleet kandungan seperti teks, gambar, video atau GIF. Teks didalam fleet terhad kepada 280 karakter sahaja. Fleets daripada seseorang yang anda ikuti (follow) dan ikuti anda (follow back) akan muncul dibarisan hadapan fleet.

Tidak seperti Tweet, Fleet tidak boleh di Like, Replies mahupun Retweet. Namun pengguna Twitter boleh memberi respon kepada fleet dalam bentuk teks atau emoji yang akan muncul pada ruangan DM.

Buat masa ini, tiada lagi maklumat rasmi bila fungsi Fleet ini akan diperkenalkan pada semua pengguna Twitter.

Sumber: Tech Crunch