fbpx
Twitter Sedang Menguji Ciri Yang Membenarkan Pengguna Mengehadkan Balasan Pada Ciapan

Twitter Sedang Menguji Ciri Yang Membenarkan Pengguna Mengehadkan Balasan Pada Ciapan

Bacaan 2 minit

Twitter Sedang  Menguji  Ciri Yang Membenarkan Pengguna Mengehadkan Balasan Pada Ciapan

Menurut blog rasmi Twitter, Twitter mengumumkan bahawa mereka sedang menguji ciri baru pada tetapan perbualan Twitter. Menerusi ciri tersebut, pengguna boleh mengehadkan balasan pada ciapan (tweet) mereka kepada pengguna-pengguna tertentu.

Pengguna Twitter boleh mengehadkan balasan ciapan diantara tiga tetapan berikut:

  1. Semua orang yang membaca ciapan anda.
  2. Hanya pengguna Twitter yang anda ikuti.
  3. Hanya pengguna Twitter yang disebut pada ciapan anda.
https://twitter.com/Twitter/status/1263145271946551300

Ciapan yang telah ditetapkan dengan tetapan kedua dan ketiga, logo Reply akan dikaburkan untuk menunjukkan pada pengguna lain bahawa ciapan tersebut hanya boleh dibalas oleh orang yang tertentu sahaja.

Disamping itu, ciapan tersebut juga akan dilabel mengikut tetapan balasan yang ditetapkan. Walaupun ciapan tersebut terhad kepada balasan sesetengah pengguna, pengguna lain masih lagi boleh retweet, retweet with comment dan like.

Menurut Twitter,ciri baru ini diuji dan hanya terhad pada sekumpulan kecil pengguna sebelum dilepaskan kepada semua pengguna Twitter.

Sumber: Twitter