fbpx

Tetapan Manage Activity Di Facebook Benarkan Pengguna Memadam Status Lama Secara Pukal

Bacaan 2 minit

Tetapan Manage Activity Di Facebook Benarkan Pengguna Memadam Status Lama Secara Pukal

Facebook melancarkan tetapan ‘Manage Activity’ yang membenarkan pengguna memadam status lama mereka secara pukal. Jika sebelum ini, pengguna Facebook perlu scroll kebawah, mencari dan memadam status lama satu per satu, kini fungsi terbaru dari Facebook ini memudahkan pengguna memadam status lama yang tidak diingini dengan lebih mudah.

Melalui tetapan Manage Activity, pengguna boleh memilih sama ada untuk mengarkibkan atau memadam terus status lama mereka. Ciri arkib membolehkan anda menyembunyikan kandungan daripada pengguna lain tetapi anda masih ingin melihat status atau kandungan tersebut.

Tetapan Manage Activity juga memudahkan anda mencari status-status lama melalui tapisan seperti tarikh, gambar, video, check-in, atau orang yang disebut pada status lama anda. Status yang dipadam akan disimpan pada Trash selama 30 hari sebelum dipadam secara kekal oleh Facebook.

Untuk memadam status lama anda secara kekal, anda perlu memadamnya secara manual tanpa perlu menunggu tempoh 30 hari. Dalam tempoh 30 hari tersebut itu juga, jika anda berubah fikiran, anda masih lagi boleh menyimpan semula status lama yang terdapat pada Trash.

Tetapan baru Facebook ini akan dilepaskan pada peranti Android dan iOS serta versi aplikasi Facebook Lite dahulu. Manakala kemaskini untuk versi web akan  tersedia pada masa akan datang.

Sumber: Facebook