Telegram Memperkenalkan Chat Folder

Telegram Memperkenalkan Chat Folder

Bacaan 3 minit

Pengguna Boleh Menyusun Perbualan Mengikut Kategori

Ramai pengguna aplikasi Telegram menggunakan Telegram untuk urusan kerja mahupun pembelajaran. Untuk memastikan pengguna tidak terlepas mesej penting, Telegram memperkenalkan Chat Folder.

Chat Folder membolehkan pengguna menyusun perbualan mengikut kategori tertentu seperti keluarga, kerja, sekolah dan sebagainya.

Di samping itu, pengguna boleh meletak seberapa banyak pin mesej pada setiap folder.

Chat folder juga berfungsi untuk memastikan sebahagian perbualan tampak lebih jelas pada antaramuka aplikasi. Pengguna hanya perlu menyembunyikan mesej yang tidak penting dengan mengarkibkan semua perbualan tersebut. Hanya swipe ke kiri perbualan yang anda mahu arkibkan.

Apabila mesej mahupun perbualan yang telah diarkibkan mendapat notifikasi, ia akan muncul pada folder dan senarai perbualan anda. Manakala, perbualan yang telah disenyapkan (muted) akan kekal pada ruangan arkib.

Bagi pengguna peranti Android, jika anda telah menggunakan fungsi Folder, swipe ke kiri untuk mengarkibkan mesej tidak akan berfungsi. Sebaliknya, anda perlu menekan lama pada perbualan untuk membuka menu tindakan pukal dimana anda boleh memilih beberapa perbualan dan seterusnya pin, mute, arkib atau memadam semua sekaligus.

Disamping itu, jika anda memiliki channel yang mempunyai lebih daripada 1000 subscriber, kini anda boleh melihat statistik terperinci mengenai perkembangan dan prestasi channel anda.

Memandangkan satu dunia sedang melawan wabak COVID-19, Telegram juga turut memperkenalkan emoji beranimasi yang bertemakan kesihatan.

Anda boleh menaip

pada ruangan sembang dan lihat cadangan emoji beranimasi seperti dibawah:

Sumber: Telegram