Mi 10 Dijual Bermula RM 2799, Mi 10 Pro Pada RM 3899
Telefon pintar dibawah siri Xiaomi Mi 10 iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro telah dilancarkan di pasaran China pada awal Februari, manakala untuk pasaran global pula pada penghujung Mac yang lalu. Akhirnya, Xiaomi Malaysia secara rasminya telah membawa masuk peranti siri Xiaomi Mi 10.
Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai spesifikasi skrin yang sama iaitu Skrin AMOLED 6.67” DotDisplay dengan resolusi 2340 x 1080 FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai 4 kamera utama. Kamera utama Mi 10 dibarisi 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 7P lens, OIS) +13MP Ultra Lebar (f/2.4 aperture) + 2MP Depth + 2MP Makro. Manakala Mi 10 Pro pula hadir dengan 4 lensa 108MP Sudut Lebar (f/1.69 aperture, 8P lens, OIS) + 20MP Ultra Lebar (f/2.2 aperture) + 8MP Telefoto (10x zum hibrid, f/2.0 aperture, OIS) + 12MP Telefoto (10x zum optikal). Manakala kamera hadapan kedua-dua Mi 10 dan Mi 10 Pro pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 20MP.


Mi 10 mempunyai bateri berkapasiti 4780mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4500mAh sertamenyokong pengecasan pantas 50W. Kedua-dua peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C.


Kedua-dua peranti Mi 10 dan Mi 10 Pro ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. Disamping itu, Mi 10 dan Mi 10 Pro juga mempunyai RAM LPDDR5 8GB.
Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 10 boleh didapati dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai satu konfigurasi memori iaitu 8GB/256GB.


Mi 10 akan dijual dipasaran Malaysia pada harga RM2, 799 untuk pilihan memori 8GB/128GB dan RM2, 999 untuk 8GB/256GB. Mi 10 mempunyai 2 pilihan warna menarik iaitu Coral Green dan Twilight Grey.


Mi 10 Pro pula dijual pada harga RM3, 899 dan hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Alpine White dan Soltice Grey.


Xioami Malaysia mengadakan promosi pra-tempahan untuk model Mi 10 dan Mi 10 Pro di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada bermula 22 April sehingga 30 April. Setiap tempahan model Mi 10 akan menerima Mi Band 4, manakala untuk tempahan Mi 10 Pro pula, pembeli akan menerima Mi True Wireless Earphones.
