Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3,999
Pada 10 Mac 2020, OPPO telah melancarkan telefon pintar siri OPPO Find X2 di Malaysia, iaitu OPPO Find X2 dan OPPO Find X2 Pro.
OPPO Find X2 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7 inci QHD+, Ultra Vision Screen 120Hz, serta didatangkan dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 6. Kamera utama peranti ini mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.7 aperture) (Wide Angle) +48MP (f/2.2 aperture) (Ultra Wide Angle) , 3cm ultra macro shooting+ 13MP (f/3.0 aperture) (Periscope Telephoto),2nd generation 10x hybrid zoom, 60x digital zoom. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 32MP (f/2.4 aperture) yang menyokong night mode algorithm.
Manakala OPPO Find X2 hadir dengan skrin yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti OPPO Find X2 Pro. Kamera utama peranti ini mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.7 aperture) (Wide Angle) +12MP (f/2.2 aperture) (Ultra Wide Angle) , 3cm ultra macro shooting+ 13MP (f/3.0 Arperture) ( Telephoto),2nd generation 10x hybrid zoom, 60x digital zoom. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 32MP (f/2.4) yang menyokong night mode algorithm.
OPPO Find X2 mempunyai bateri berkapasiti 4200mAh, manakala OPPO Find X2 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4260mAh. Kedua dua peranti ini mempunyai teknologi pengecasan yang sama iaitu 65w SuperVOOC 2.0 Flash Charge.
Kedua dua peranti Siri OPPO Find X2 ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865. OPPO Find X2 mempunyai RAM LPDDR5 12GB berserta storan dalaman UFS 3.0 265GB, manakala OPPO Find X2 Pro pula mempunyai RAM LPDDR5 12GB berserta storan dalaman UFS 3.0 512GB.
Siri OPPO Find X2 ini didatangkan dengan antaramuka (UI) ColorOS 7.1 yang berasaskan Android 10. OPPO Find X2 Pro merupakan telefon pintar OPPO yang pertama yang mempunyai perlindungan kalis air dan debu IP68, manakala OPPO Find X2 pula hanya IP54.
Harga jualan OPPO Find X2 adalah RM3,999 dan ditawarkan dalam2 pilihan warna iaitu Black Ceramic dan Ocean Glass. Manakala OPPO Find X2 Pro pula dijual pada tanda harga RM4,599 dan hadir dalam2 pilihan warna iaitu Black Ceramic dan Orange Vegan Leather.
Sumber: OPPO Malaysia