OnePlus 8 Berharga Bermula RM2899, OnePlus 8 Pro Bermula RM3699
OnePlus telah melancarkan peranti terbaru mereka dibawah siri OnePlus 8 secara global pada 15 April lalu. Kini OnePlus Malaysia telah mengumumkan penawaran 2 peranti di bawah siri OnePlus 8 iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro secara rasminya untuk pasaran tempatan.


OnePlus 8 hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar semula 90Hz serta menyokong paparan HDR10+. Manakala OnePlus 8 Pro pula hadir dengan skrin Fluid AMOLED 6.78 inci QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.


Kamera utama peranti OnePlus 8 mempunyai 3 kamera iaitu gabungan lensa kamera utama 48MP (f/1.8 aperture) + 16MP (f/2.2 aperture) (Sudut Ultra Lebar) + 2MP (f/2.4 aperture) (Makro). Disamping itu, kamera utama peranti ini turut dikuasai dengan sensor IMX 586. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

OnePlus 8 Pro pula mempunyai 4 kamera utama yang dibarisi lensa kamera utama 48MP (f/1.8 aperture)+ 48MP (f/2.2 aperture) (Sudut Ultra Lebar), 3cm mod makro + 5MP (f/2.4 aperture) (Filter Warna) + 8MP (f/2.4 aperture) (Zum Hibrid). Disamping itu, kamera utama peranti ini turut dikuasai dengan sensor IMX 689 dan OIS. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

OnePlus 8 mempunyai bateri berkapasiti 4 300mAh, manakala OnePlus 8 Pro pula mempunyai bateri berkapasiti 4 510mAh. Kedua dua peranti ini mempunyai teknologi pengecasan yang sama iaitu pengecasan pantas Warp Charge 30T. Selain itu, model OnePlus 8 Pro turut menyokong pengecasan wayarles Warp Charge 30.


Kedua dua peranti Siri OnePlus 8 ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. Selain itu, kedua- dua peranti siri OnePlus 8 juga mempunyai pilihan konfigurasi yang sama dengan pilihan minimum RAM 8GB/12GB serta storan dalaman 128GB/256GB berasaskan UFS 3.0.
OnePlus 8 Pro menggunakan teknologi RAM terkini yang lebih pantas LPDDR5, manakala OnePlus 8 memiliki RAM LPDDR4X sahaja.


Siri OnePlus 8 ini didatangkan dengan antaramuka (UI) OxygenOS yang berasaskan Android 10. Disamping itu, peranti siri OnePlus 8 merupakan telefon pintar OnePlus yang kini mempunyai piawaian perlindungan kalis air dan debu IP68.


OnePlus 8 dengan versi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB akan ditawarkan pada harga RM2,899, manakala versi RAM 12GB dan storan dalaman 256GB pula akan ditawarkan pada harga RM3,299. OnePlus 8 hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Onyx Black dan Glacial Green.
OnePlus 8 Pro dengan versi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB akan ditawarkan pada harga RM3,699, manakala versi RAM 12GB dan storan dalaman 256GB akan ditawarkan pada harga RM4,099. OnePlus 8 Pro hadir dalam 3 pilihan warna iaitu Onyx Black, Glacial Green dan Ultramarine Blue.


OnePlus Malaysia mengadakan pra-tempahan untuk model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro di Stor Rasmi OnePlus di Lazada bermula 24 April 2020. Pembelian peranti siri OnePlus 8 ini akan hadir dengan 2 tahun jaminan rasmi dan perlindungan skrin selama setahun.