Gila gadgets

Samsung Galaxy Z Flip – Telefon Pintar Lipat Terbaru Samsung Dilancarkan

Bacaan 2 minit
Samsung Galaxy Z Flip – Telefon Pintar Lipat Terbaru Samsung Dilancarkan

Antara peranti terbaru yang turut diperkenalkan pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang diadakan oleh Samsung adalah Galaxy Z Flip. Ianya merupakan peranti dengan skrin boleh ilipat yang ke-2 dari Samsung selepas kemunculan Samsung Galaxy Fold.

Menariknya dengan peranti ini adalah peranti ini mampu bertahan sehingga 200,000 kali ulang lipat jika dibandingkan dengan Galaxy Fold yang hanya mampu bertahan sehingga 120,000 kali ulang lipat. Ini bermakna Samsung telah berjaya meningkatkan lagi ketahanan peranti boleh lipat mereka.

Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai saiz skrin umpama tablet, Samsung Galaxy Z Flip yang kompak ini mempunyai saiz skrin sama seperti telefon pintar yang lain apabila lipatannya dibuka.

 

Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.1 inci yang boleh memaparkan notifikasi penting, skrin sesentuh untuk menjawab panggilan telefon dan juga skrin kecil untuk mengambil swafoto.

image from : android central

Mekanisme lipatan Samsung Galaxy Z Flip ditambah baik dengan berus pada bahagian dalaman yang menghalang debu daripada merosakkan komponen dalaman .

Berikut merupakan spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip :

  • Skrin 6.7 inci ; Foldable Dynamic AMOLED ; Resolusi 1080 x 2636 piksel
  • Skrin kecil (luar) 1.1 inci ; Super AMOLED, Gorilla Glass 6 ; Resolusi 112 x 300 piksel
  • Snapdragon 855+
  • Bateri 3300mAh
  • Pengecasan pantas 15W
  • 8GB RAM
  • 256GB storan dalaman
  • UFS (Universal Flash Storage) 3.0
  • Pembesar suara Stereo
  • Dwi-kamera : 12MP (Wide) + 12MP (Ultrawide)
  • Kamera Swafoto : 10MP
  • Android 10 (OneUI 2.0)
  • Warna: Mirror Gold , Mirror Black & Mirror Purple.

Samsung Galaxy Z Flip akan mula ditawarkan di pasaran bermula 14 Februari ini pada harga $1380 (~RM5702) .