Antara masalah yang technician kami kerap jumpa adalah LCD/Skrin yang pecah mahupun retak. Ada berbagai kesan selepas keretakan berlaku. Kesan yang paling kecil adalah keretakan skrin itu sendiri, manakala kesan paling teruk adalah paparan/display rosak mahupun kosong/blank. Salah seorang pelanggan kami dari Wangsa Maju meminta kami melakukan replacement LCD Huawei Mate 8 miliknya yang retak. Beliau merasa tidak selesa melihat serta menggunakan Mate 8 yang pecah.
Solusi kepada masalah Huawei Mate 8 ini adalah dengan menukar komponen LCD. Setelah mendengar nasihat dari technician kami, pelanggan akhirnya bersetuju untuk melakukan baik pulih dengan menukar komponen LCD.
Dalam lebih kurang 3 jam, Huawei Mate 8 milik pelanggan sudah kembali seperti asal. Hati pelanggan kami yang remuk melihat skrin telefonnya berkecai, kini sudah berbunga bunga tatkala Huawei Mate 8 sudah kelihatan seperti baru. Beliau amat berpuas hati dengan harga serta servis baik pulih yang kami beri. Kami juga menasihati pelanggan kami untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Zaman ini, hampir semua daripada kita memiliki smartphone. Tetapi, pabila gajet pintar kita rosak, sudah tentu ianya akan mengganggu aktiviti harian kita. Jadi, kami di GILA GADGETS TAMAN PERMATA sedia membantu anda.
Untuk dapatkan servis perkhidmatan baiki gadget Face to Face dengan GILA GADGETS TAMAN PERMATA boleh terus ke:
Gila Gadgets Taman Permata – Smartphone Repair & Accessories
No. 2759, Jalan Changkat Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Landmark : Area Giant Taman Permata
Operation Hours : 10am-10pm
(Everyday Open)
Bagaimana untuk hubungi kami?
Whatsapp/Call : 019 -9880531 (Taman Permata)
Whatsapp : http://gilagadgetstp.wasap.my
Instagram : @ggtamanpermata
Facebook : Gila Gadgets Taman Permata – Smartphone Repair & Accessories