Redmi Note 9s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799

Redmi Note 9s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799

Xiaomi Malaysia telah melancarkan satu telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note iaitu Redmi Note 9s. Redmi Note 9s terdapat dalam 3 pilihan warna yang menarik iaitu Glacier White, Aurora Blue dan Interstellar Grey.

Redmi Note 9s hadir dengan panel LCD bersaiz 6.67” Full HD+ DotDisplay. Kamera belakang peranti ini dibarisi 4 kamera yang terdiri dari lensa 48MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 5MP (makro) + 2MP (depth). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 16MP.

Redmi Note 9s mempunyai bateri berkapasiti 5020mAh. Selain itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Redmi Note 9s dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 720G dengan RAM 6GB dan 128GB storan dalaman. Peranti ini turut hadir dengan penambahan ruangan kad memori mikroSD sehingga 512GB.

Harga jualan bagi Redmi Note 9s adalah RM799 dan mula dipasarkan di Stor Rasmi Xiaomi Malaysia mulai 27 Mac 2020.

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *