Harga Bermula RM699 Untuk 3GB RAM, RM899 Untuk 4GB RAM
Realme Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 6i. Realme 6i hadir dengan panel skrin IPS LCD bersaiz 6.5 inci yang mempunyai resolusi HD+ (720 x 1600).
Kamera utama peranti mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (f/1.8 aperture) (Main Camera) +8MP (f/2.3 aperture) (Ultra Wide Angle), +B &W Portrait Lens (f/2.4 Aperture) + 2MP (f/3.0 Aperture) (4cm Macro Lens). Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin bertakuk Mini-Drop dan didatangkan dengan lensa 16MP.
Realme 6i mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI yang berasaskan Android 10.
Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G80. Untuk pasaran Malaysia, Realmi 6i mempunyai dua variasi iaitu RAM 4GB dan storan dalaman 128GB serta RAM 3GB dan storan dalaman 64GB. Disamping itu, peranti ini turut mempunyai slot mikroSD bagi pengguna yang mahukan storan tambahan serta boleh memuatkan dua sim dalam satu masa.
Realmi 6i hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Green Tea dan Milk White. Harga jualan bagi Realme 6i adalah RM999 untuk model 3GB+64GB dan RM899 untuk model 4GB+128GB.
Jika anda berminat untuk dapatkan Realme 6i varian 3GB+64GB, anda boleh dapatkan peranti pilihan anda pada harga RM599 sahaja di Stor Rasmi Realme di Shopee. Tawaran ini bermula pada 23 April 2020 (12 am) selama 24 jam sahaja.