Gila gadgets

Realme 6 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999

Bacaan 2 minit

Realme 6 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM999

Realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Realme 6. Realme 6 hadir dengan panel skrin LCD bersaiz 6.5 inci Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Kamera utama peranti mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 64MP + 8MP + 2MP + 2MP. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.

Realme 6 mempunyai bateri berkapasiti 4300mAh sertai disokong dengan pengecasan pantas 30W. Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI yang berasaskan Android 10.

Ciri imbasan cap jari Realme 6 diletakkan pada butang kuasa yang terdapat pada sisi kanan peranti.

Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G90T. Untuk pasaran Malaysia, hanya satu variasi yang ditawarkan iaitu RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Disamping itu, peranti ini turut mempunyai  slot mikroSD bagi pengguna yang mahukan storan tambahan.

Harga jualan bagi Realme 6 adalah RM999 dan hadir dalam 2 pilihan warna yang menarik iaitu Comet White dan Comet Blue. Namun begitu, bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Lazada ke-8, Realme menawarkan diskaun sebanyak RM200 untuk pembelian peranti Realme 6. Promosi harga RM799 ini hanya ditawarkan pada 27 Mac 2020 bermula jam 12 am – 2 am.Jadi jangan lepaskan peluang ini dan lawati Stor Rasmi Realme di Lazada.