Realme 6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1399

Realme 6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1399

Realme Malaysia akhirnya melancarkan peranti terbaru mereka dibawah siri Realme 6 iaitu Realme 6 Pro. Realme 6 Pro merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan panel skrin LCD berukuran 6.6 inci FHD+ serta kadar segar semula 90Hz.

Kamera utama peranti ini mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 64MP (kamera utama) + 8MP (119⁰ Sudut Ultra Lebar) + 12MP (Telefoto) + 2MP ( Makro). Realme 6 Pro turut menyokong rakaman video sehingga 4K/30fps serta sokongan mod penstabilan video UIS dan UIS Max. Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan gabungan lensa 16MP (Sudut Lebar) + 8MP (Sudut Ultra Lebar).

Realme 6 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4300mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Flash Charge 30W yang mampu mengecas peranti ini 100% dalam masa 1 jam.

Peranti ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI yang berasaskan Android 10.

Ciri imbasan cap jari Realme 6 Pro diletakkan pada butang kuasa yang terdapat pada sisi kanan peranti.

Realme 6 Pro dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 720G serta mempunyai konfigurasi memori RAM 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 128GB UFS 2.1. Disamping itu, peranti ini mempunyai 3 slot kad yang boleh memuatkan 2 sim card dan 1 mikroSD pada satu masa.

Realme 6 Pro hadir dalam dua pilihan rekaan yang unik dan menarik iaitu Lightning Blue dan Lightning Red. Harga jualan bagi Realme 6 Pro adalah RM1,399 dan sudah mula dijual secara dalam talian manakala jualan di kedai pengedar sah rasmi pula bermula 16 Mei.

Lightning Blue
Lightning Red

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *