Imej Ini Boleh Menyebabkan Peranti Android Gagal Berfungsi
Baru-baru ini tular di Twitter di mana terdapat satu imej yang boleh menyebabkan peranti Android gagal berfungsi. Isu ini dimulakan oleh @UniverseIce melalui ciapannya di Twitter, memberi amaran kepada pengguna lain terutamanya pengguna Samsung supaya tidak menjadikan imej tersebut sebagai wallpaper.
Jika anda menetapkan imej di atas sebagai wallpaper, peranti anda akan gagal berfungsi. Imej tersebut akan menghalang peranti anda memasuki lock screen dimana peranti anda akan mengalami boot loop dan seterusnya masuk ke menu recovery.
Menerusi komen pada ciapan @UniverseIce itu, ramai yang cuba menjadikan imej tersebut sebagai wallpaper peranti mereka walaupun sudah diberi amaran. Maka ada pengguna yang melaporkan telefon pintar mereka tidak boleh beroperasi seperti biasa. Antara peranti yang terkesan ialah dari jenama Samsung, Google Pixel dan OnePlus. Namun begitu, ada juga telefon pintar yang tidak mengalami sebarang masalah selepas menjadikan imej tular itu sebagai wallpaper.
Punca kepada masalah ini bukan lah dari gambar pemadangan itu, tetapi ianya berpunca dari profil warna Google/Skia/E3CADAB7BD3DE5E3436874D2A9DEE126 yang bermasalah atau dengan kata lain tidak dikod dengan betul. Profil warna bermasalah ini menjejaskan antara muka(UI) Android lantas menyebabkan peranti gagal beroperasi.
Jika anda merupakan salah seorang yang menjadikan imej ini sebagai wallpaper dan mengalami kondisi boot loop, anda perlu memasuki safe mode dan gantikan wallpaper tersebut. Namun jika anda tidak dapat ke mod safe mode, langkah terakhir yang anda perlu lakukan adalah dengan factory reset telefon pintar anda.
Akhir kata, kami di Gila Gadgets juga menasihati anda supaya tidak menjadikan gambar pemandangan ini sebagai wallpaper peranti anda. Siapa sangka gambar pemandangan yang cantik ini mampu merosakkan peranti anda. Jadiii…jangan cuba ya.
Sumber: IceUniverse , Android Central