fbpx
Instagram Memperkenalkan Pelekat Stay Home Pada Fungsi Instagram Story

Instagram Memperkenalkan Pelekat Stay Home Pada Fungsi Instagram Story

Bacaan < 1 minit

Instagram Memperkenalkan Pelekat Stay Home Pada Fungsi Instagram Story

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa oleh hampir seluruh dunia, Instagram selaku aplikasi media sosial popular memperkenalkan pelekat “Stay Home” yang terdapat pada instagram story.

Story yang menggunakan pelekat ‘Stay Home’ ataupun ‘Duduk Rumah’ akan muncul pada story pertama di halaman utama Instagram.

Disamping itu, Instagram turut menyediakan akses kepada info yang tepat jika anda melakukan carian mengenai coronavirus atau COVID-19 pada ruang carian Instagram.

Kita sudah memasuki hari terakhir fasa pertama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan diharapkan semua rakyat Malaysia mematuhi semua panduan PKP supaya kita dapat sama-sama menangani pandemik COVID-19 ini.

Sumber: Instagram