Instagram Memperkenal Ciri Baru Dalam Usaha Menjadikan Instagram Platform Media Sosial Yang Lebih Positif.
Instagram telah melancarkan dan menguji beberapa ciri baru dalam usaha menjadikan Instagram sebagai platform media sosial yang lebih positif.
Ciri pertama yang dilancarkan Instagram membolehkan pengguna memadam komen secara pukal sehingga 25 komen serentak serta menyekat beberapa akaun pada masa yang sama.
Untuk mengaktifkan ciri ini pada peranti iOS, tekan komen yang ingin dipadam kemudian tekan ikon titik (…) di sudut kanan. Tekan ‘Manage Comments’ dan pilih komen sehingga maksimum 25 komen untuk dipadam secara serentak. Kemudian tekan ‘More Options’ untuk block atau restrict akaun secara pukal.
Untuk menyekat akaun Instagram pada peranti Android pula, tekan dan hold pada komen, kemudian tekan ikon titik (…) dan pilih Block atau Restrict.
Ciri kedua yang dilancarkan oleh Instagram ialah memberi pilhan pada pengguna untuk ‘pin’ komen pada setiap post dalam usaha menggalakkan interaktif positif antara pemilik akaun dan pengikut mereka.
Menurut Instagram , fungsi tag dan mention turut digunakan untuk membuli seseorang jadi pihak Instagram memperkenalkan ciri yang ketiga dimana pengguna boleh mengawal siapa yang boleh tag mereka di Instagram. Pengguna boleh memilih sama ada membenarkan semua orang, akaun yang mereka ikuti atau tiada sesiapa yang boleh tag mereka.
Dengan pelancaran ciri baru ini, Instagram berharap pembulian atas talian dapat dikurangkan supaya Instagram menjadi satu platform media sosial yang lebih positif.