Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099

Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099

Bacaan 2 minit

Huawei Nova 7i Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,099

Huawei Malaysia telah mengumumkan peranti siri Nova yang terbaru iaitu Huawei Nova 7i. Huawei telah mengumumkan pra-tempahan peranti ini pada 14 Februari – 21 Februari dan telah dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1, 099. Huawei Nova 7i terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Sakura Pink dan Crush Green.

Midnight Black
Sakura Pink
Crush Green

Huawei Nova 7i hadir dengan panel LCD bersaiz 6.4 inci Full HD+. Empat kamera belakang peranti ini disusun secara kemas dalam satu modul petak dengan gabungan lensa utama 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle) (f/2.4) + 2MP (Bokeh) (f/2.4) + 2MP (Macro) (f/2.4). Manakala kamera hadapan yang terletak dalam skrin berlubang didatangkan dengan lensa 16MP (f/2.0).

Huawei Nova 7i Quad Camera

Peranti Nova 7i ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti  4,200mAh. Selain itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas 40W Huawei SuperCharge.

Huawei Nova 7i dijana oleh cip pemprosesan Kirin 810 dengan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Terdapat juga penambahan ruangan memori  melalui kad Nano Memory Huawei sehingga 256GB.

Huawei Nova 7i ini didatangkan dengan antaramuka (UI) EMUI 10 yang berasaskan Android 10. Antaramuka ini menawarkan rekaan yang lebih kemas dengan kemasan warna yang menarik dan juga dilihat lebih mesra pengguna.

SUMBER: HUAWEI MALAYSIA