Huawei Malaysia akhirnya melancarakan peranti terbaru mereka dibawah siri Huawei Nova iaitu Huawei Nova 7 SE. Huawei Nova 7 SE merupakan telefon pintar 5G termurah dalam pasaran Malaysia sekarang dengan tanda harga RM1,499.
Huawei Nova 7 SE hadir dengan panel skrin LCD paparan FullView bersaiz 6.5 inci. Kamera utama peranti ini mempunyai 4 kamera iaitu gabungan lensa 64MP (kamera utama) + 8MP (Sudut Ultra Lebar) + 2MP ( Makro) + 2MP ( Bokeh). Manakala kamera hadapan pula terletak dalam skrin berlubang dan didatangkan dengan lensa 16MP.
Antara ciri menarik pada kamera Huawei Nova 7 SE ialah Super Night Selfie, Rakaman video 4K dan Dual-View Video yang membolehkan pengguna merakam video melalui kamera hadapan dan kamera belakang secara serentak.

Huawei Nova 7 SE mempunyai bateri berkapasiti 4000mAh. Disamping itu, peranti ini mempunyai port pengecasan USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.

Huawei Nova 7 SE dijana oleh cip pemprosesan Kirin 820 serta memori RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Peranti ini didatangkan dengan antaramuka EMUI 10.1 yang berasaskan Android 10.

Huawei Nova 7 SE hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Huawei Nova 7 SE boleh akan tersedia dipasaran Malaysia bermula 19 Jun 2020. Bersempena dengan Huawei Carnival, pembeli terawal peranti ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,256
Space Silver Crush Green Midsummer Purple