fbpx
Huawei Mengumumkan Pelancaran Aplikasi HERE WeGo

Huawei Mengumumkan Pelancaran Aplikasi HERE WeGo

Bacaan < 1 minit

HERE WeGo  alternatif kepada Google Maps

Ekoran daripada sekatan perdagangan antara Amerika Syarikat dan syarikat gergasi teknologi China Huawei, telefon pintar terbaru dari Huawei tidak hadir bersama aplikasi dan perkhidmatan Google secara terbina.

Sehubungan dengan itu, Huawei terpaksa hadir dengan versi aplikasi mereka tersendiri. Kini Huawei mengumumkan pelancaran aplikasi peta HERE WeGo di gedung Huawei AppGallery sebagai alternatif kepada Google Maps.

Aplikasi HERE WeGo

Aplikasi HERE dibangunkan oleh pihak Nokia pada tahun 2012 yang lepas, kemudian aplikasi tersebut dijenamakan semula dan beroperasi berasingan dibawah jenama HERE WeGo.

Sama seperti aplikasi peta dan navigasi seperti Google Maps, aplikasi HERE WeGo memudahkan navigasi serta mendapatkan informasi berkaitan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Aplikasi ini juga mempunyai ciri muat turun peta secara luar talian.

Bagi pengguna peranti Huawei, anda boleh muat turun aplikasi HERE WeGo di Huawei AppGallery. HERE WeGo juga boleh didapati di Google PlayStore dan AppStore secara percuma.

Sumber: Huawei Central