Huawei Mate 30 Pro 5G Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari Berharga RM4199

Huawei Mate 30 Pro 5G Dijual Di Malaysia Bermula 7 Februari Berharga RM4199

Pada 7 Februari  2020, Huawei Malaysia telah mengumumkan  satu lagi variasi peranti Huawei Mate 30 , iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G. Peranti ini hadir dengan pengesahan Sirim untuk rangkaian 5G, sekaligus memberikan petanda yang mana ia boleh digunakan tanpa masalah apabila rangkaian 5G ditawarkan di Malaysia.

 

 

 

Huawei Mate 30 Pro 5G merupakan peranti yang sedikit berbeza berbanding model Mate 30 Pro. Keupayaan 5G pada model flagship Huawei ini diperoleh daripada penggunaan cip Kirin 990 5G. Cip ini adalah yang cipset yang pertama didunia dengan integrasi 5G. Disamping itu, pemprosesan grafik Mali-G76 Mc16 yang lebih berkuasa serta mempunyai kemasan kulit yang premium. Semua peningkatan ini diperlukan untuk memproses rangkaian 5G supaya dapat memberikan prestasi yang lebih baik dalam penggunaan seharian.

Huawei Mate 30 Pro Dijana Dengan Cip Pemprosesan Kirin 990 5G

Berikut merupakan spesifikasi Huawei Mate 30 Pro 5G :

MODEL NAME

HUAWEI Mate 30 Pro 5G
COLOR

Orange

DIMENSIONS

158.1 mm (H) x 73.1 mm (W) x 8.8 mm (D)

ITEM WEIGHT

Approximate 198 g

FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

32 MP

REAR CAMERA (MAIN CAMERA)

40+40+8+3D Depth MP (Rear)

FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

32 MP

REAR CAMERA (MAIN CAMERA)

40+40+8+3D Depth MP (Rear)

FRONT CAMERA (SECONDARY CAMERA)

32 MP

BATTERY CAPACITY

4500 mAh
INTERNAL STORAGE

256 GB

RAM

8 GB

SUPPORTED MEMORY CARD TYPE

Nano Memory (NM) Card

SIM SIZE

Nano Sim

OPERATING SYSTEM

EMUI 10 (Based on Android 10)

PROCESSOR TYPE

HUAWEI Kirin 990 5G

PROCESSOR CORE

Octa-core 2.86GHz

TYPES OF SENSORS

Gesture, In-Screen Fingerprint, Gravity, Ambient light, Proximity, Hall, Gyroscope, Compass, Infrared

USB

Type-C

Memandangkan telefon pintar ini merupakan telefon pintar 5G pertama yang dipasarkan di Malaysia, pelbagai syarikat telekomunikasi telah hadir dengan pelan mereka yang tersendiri dengan penawaran Huawei Mate 30 Pro 5G untuk memberi peluang kepada orang ramai bagi merasai pengalaman menggunakan rangkaian 5G.

Tawaran Peranti Huawei Mate 30 Pro 5G

Sekiranya anda berminat,untuk memiliki  Huawei Mate 30 Pro 5G ini,  telefon pintar ini sudahpun dipasarkan secara meluas di seluruh negara pada harga RM4,199 sahaja. Anda boleh merujuk kepada pengedar-pengedar Huawei di seluruh Malaysia atau  cawangan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile yang terdekat.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Huawei Mate 30 Pro 5G ini bersama langganan pelan pilihan anda kerana semua syarikat telekomunikasi menawarkan pakej pelan yang sangat berbaloi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh kunjungi laman sesawang Huawei Malaysia.

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *