fbpx
HONOR 9X Lite Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM699

HONOR 9X Lite Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM699

Bacaan 2 minit

Hadir Dengan Sokongan Google Mobile Services (GMS)

HONOR Malaysia telah mengumumkan peranti terbaru mereka yang hadir dengan sokongan Google Mobile Services (GMS) iaitu HONOR 9X Lite. HONOR 9X Lite hadir dengan panel skrin LCD FullView Display berukuran 6.5 inci.

Kamera utama peranti ini mempunyai 2 kamera iaitu gabungan lensa 48MP (kamera utama) (f/1.8) + 2MP (Depth Assist) (f/2.4). Manakala kamera hadapan pula terletak pada skrin bertakuk dengan lensa 8MP.

HONOR 9X Lite hadir dengan bateri berkapasiti 3750mAh. Peranti ini didatangkan dengan antaramuka EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9.

HONOR 9X Lite dijana oleh cip pemprosesan Kirin 710 serta mempunyai konfigurasi memori RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Disamping itu, peranti ini mempunyai 3 slot kad yang boleh memuatkan 2 sim card dan 1 mikroSD sehingga 512GB.

HONOR 9X Lite hadir dalam dua pilihan warna iaitu Emerald Green dan Midnight Black. Harga jualan bagi HONOR 9X Lite adalah RM699 dan sudah mula dijual di laman web rasmi HiHonor danHONOR Experience Store.

Emerald Green
Midnight Black