GOOGLE MAPS MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-15

GOOGLE MAPS MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE-15

Google Maps adalah perkhidmatan pemetaan yang dibangunkan oleh Google. Bermula diperkenalkan pada tahun 2005, kini Google Maps menyambut ulang tahun yang ke-15. Sehubungan dengan itu, Google memberi wajah baru kepada icon Google Maps serta beberapa kemaskini.

 

Kronologi Google Maps dari tahun 2005 – 2020

Bersempena dengan ulang tahun ke-15 , Google memperkenalkan beberapa ciri baru untuk pengguna telefon Android dan iOS termasuk pengenalan logo baru seperti rajah dibawah.

Logo Google Maps yang baru

 

5 Tab Navigasi yang dipaparkan pada bahagian bawah Google Maps.

 

Melalui kemaskini baru, Google Maps kini menambah 2 tab baru menjadikan ia 5 tab, iaitu Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates.

  •  Explore  – Pengguna boleh melihat lokasi berdekatan mereka dalam paparan peta.
  • Commute – Sama ada anda menaiki kereta atau kenderaan awam, tab Commute memastikan anda berada di laluan paling efisyen.
  • Saved –  Memaparkan lokasi yang disimpan oleh anda untuk rujukan akan datang.
  • Contribute – Memudahkan anda untuk berkongsi informasi berkaitan sesuatu lokasi.
  • Updates – Memudahkan anda melihat pelbagai kemaskini berhampiran anda, termasuk melihat kedai dan lokasi baru.

 

 

Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menyemak kemaskini Google Maps yang akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu ini.

 

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *