Google Chrome Melancarkan Ciri Penyimpanan Tab Secara Berkumpulan

Google Chrome Melancarkan Ciri Penyimpanan Tab Secara Berkumpulan

Pabila melayari pelayar web, anda tidak dapat lari daripada tergolong dalam salah satu kumpulan ini: pengguna minimalis yang hanya membuka beberapa tab sahaja atau pengguna yang membuka tab yang banyak.

Menyedari perkara ini, Google tampil dengan ciri baru untuk menyimpan tab anda di Google Chrome secara berkumpulan. Melalui ciri baru pada Google Chrome ini, antaramuka Google Chrome akan tampak lebih kemas dan teratur sekaligus memudahkan pengguna melakukan tugasan mereka.

Untuk mengumpul tab anda, anda hanya perlu klik-kanan pada salah satu tab, kemudian pilih “Add Tab to Group” dan anda boleh melabel setiap kumpulan tab mengikut nama dan warna pilihan anda. Sebaik sahaja anda mengumpul tab mengikut kategori, anda boleh menyusun semula tab tersebut.

Sama seperti tab biasa, setiap kategori tab ini akan disimpan apabila anda menutup dan membuka semula Google Chrome. Bagi memastikan kestabilan dan prestasi Google Chrome tidak terjejas, ciri terbaru ini akan dilancarkan secara berperingkat dan boleh didapati pada platform Chrome OS, Windows, Mac dan Linux.

Sumber: Google

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *