Facebook memberikan iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dalam Usaha Membanteras Penyebaran Maklumat Palsu Mengenai COVID-19
Facebook menyediakan ruang iklan percuma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penyebaran maklumat sahih mengenai COVID-19.
Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook, mengeluarkan kenyataan pada post Facebook beliau berkenaan perkara ini. Beliau memberi kenyataan bahawa pihak Facebook akan memberi iklan yang sebanyak mungkin dalam usaha membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan wabak COVID-19.
Jika anda melakukan carian mengenai coronavirus atau COVID-19 pada ruang carian (Search) Facebook, hasil carian pertama akan memaparkan laman web organisasi kesihatan tempatan. Sebangai contoh, Malaysia akan memaparkan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mark Zuckeberg juga memaklumkan bahawa Facebook juga akan menumpukan usaha menghentikan sebarang penyebaran maklumat palsu dan penipuan berkaitan COVID-19. Facebook juga akan menghapuskan teori konspirasi palsu serta menyekat iklan yang menjanjikan penawar atau sebarang tuntutan palsu yang lain.
Sumber: The Verge