Celia – Pembantu Maya Huawei

Celia – Pembantu Maya Huawei

Dalam pelancaran telefon pintar siri Huawei P40, Huawei turut memperkenalkan pembantu maya mereka yang dinamakan Celia.

Fungsi Celia boleh diaktifkan dengan panggilan “Hey Celia” atau dengan menekan butang kuasa selama 1 saat .  Celia boleh berfungsi untuk menetapkan penggera, membuat panggilan, menghantar mesej, menetapkan jadual, memainkan lagu dan video.

Selain membantu urusan harian, Celia juga boleh membantu anda jika anda melancong ke luar Negara.

Buat masa ini, Celia hanya ditawarkan dalam beberapa bahasa sahaja seperti Bahasa Inggeris,Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol. Fungsi Celia boleh didapati dalam kesemua peranti siri Huawei P40.

Sumber: Huawei

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *