Astro Menawarkan Tontonan Percuma Kepada Semua Saluran Untuk Pelanggan Sports Pack

Astro Menawarkan Tontonan Percuma Kepada Semua Saluran Untuk Pelanggan Sports Pack

Selain daripada tawaran akses percuma kepada saluran filem, Astro juga turut menawarkan tontonan percuma kepada semua saluran buat pelanggan Astro yang melanggan Sports Pack.

Pelanggan Sports Pack boleh menikmati tawaran ini sehingga 30 April 2020 di Astro dan platform mudah alih Astro GO.

Penularan COVID-19 menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global terpaksa ditangguhkan. Sehubungan dengan itu, pihak Astro komited menawarkan lebih banyak saluran buat pelanggan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak penularan COVID-19 terus merebak dan membahayakan lebih banyak nyawa.

Sumber: Astro

Previous

Next

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *