Gila gadgets

ASTRO Menawarkan Akses Percuma Untuk Semua Saluran Filem

Bacaan < 1 minit

ASTRO Menawarkan Akses Percuma Untuk Semua Saluran Filem

Berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia, kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 – 31 Mac 2020. Sehubungan itu, ASTRO menawarkan akses percuma untuk semua saluran filem buat semua pelanggan mereka.

Berikut adalah senarai saluran filem yang boleh ditonton sehingga 31 Mac 2020:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Manakala bagi pelanggan NJOI, 2 saluran tambahan yang ditawarkan ialah KIX dan Nat Geo WILD. Semua pelanggan boleh menikmati tontonan filem percuma selama 2 minggu ini di Astro dan platform mudah alih Astro GO.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak penularan COVID-19 terus merebak dan membahayakan lebih banyak nyawa.