fbpx
Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

Bacaan < 1 minit

Apple Tidak Membenarkan Watak Antagonis Dalam Filem Menggunakan iPhone

Dalam temu bual Vanity Fair bersama pengarah filem Knives Out Rian Johnson, beliau memberitahu bahawa Apple tidak membenarkan watak antagonis (penjahat) dalam filem atau drama menggunakan iPhone.

Apple dilaporkan mempunyai garis panduan yang ketat mengenai watak-watak yang dibenarkan menggunakan peranti mereka untuk menggambarkan jenama tersebut secara positif. Jadi hanya watak hero atau heroin sahaja yang dibenarkan menggunakan iPhone sebagai prop di dalam sesebuah produksi filem.

Walaupun beliau kelihatan berjenaka ketika mendedahkan info tersebut, Apple pernah melakukan perkara yang sama dalam siri drama popular pada tahun 2002 dahulu iaitu 24. Dalam drama tersebut, watak hero menggunakan komputer Apple Mac, manakala watak penjahat menggunakan komputer Microsoft Windows.

Nampaknya selepas ini kita dapat sedikit sebanyak petunjuk siapakah watak jahat tersembunyi apabila menonton siri televisyen ataupun filem.

Sumber: Business Insider, The Verge