fbpx

Apple Menerima Paten Untuk Swafoto Berkumpulan Sambil Mengamalkan Penjarakan Sosial

Bacaan 2 minit

Apple Menerima Paten Untuk Swafoto Berkumpulan Sambil Mengamalkan Penjarakan Sosial

Sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 ini diseluruh dunia, pelbagai norma baru telah diadaptasi dalam kehidupan masyarakat seperti kerap membasuh tangan, memakai topeng muka, dan mengamalkan penjarakan sosial.

Apple baru – baru ini telah menerima paten yang membolehkan penggguna mengambil gambar swafoto berkumpulan tanpa perlu berada pada satu lokasi yang sama. Kaedah swafoto yang digelar synthetic group selfies ini semestinya bertepatan dengan amalan norma baru iaitu penjarakan sosial.

Berdasarkan permohonan paten tersebut, pengguna boleh menjemput orang lain untuk mengambil bahagian dalam swafoto berkumpulan dan setiap individu akan diatur bersesuain dengan bingkai pada perisian swafoto tersebut. Paten itu turut menerangkan window yang akan mucul pada skrin pengguna yang dijemput yang akan mendorong mereka untuk mengambil bahagian dalam swafoto berkumpulan tersebut.

Setelah semua pengguna yang dijemput dalam swafoto berkumpulan tersebut menerima jemputan dan diposisikan didalam bingkai swafoto, mereka diberi pilihan sama ada memasukkan gambar pegun, gambar video yang disimpan atau gambar penstriman langsung. Pilihan tersebut membenarkan pengguna mencipta synthetic group selfies mengikut citarasa mereka.

Walaupun idea swafoto berkumpulan atau synthetic group selfies ini dilihat bersesuaian dengan norma baru yang diamalkan, Apple dilaporkan telah menfailkan paten swafoto ini pada tahun 2018 dan baru sahaja menerima kelulusan untuk paten tersebut.

Sumber: Macrumors