Langkah Ini Adalah Usaha Untuk Meningkatkan Penjualan Airpods
Menurut penganalisis popular Ming-Chi Kuo, Apple dilaporkan mungkin tidak akan menyertakan Earpods di dalam kotak pembelian iPhone terbaru keluaran Apple akan datang, iaitu iPhone 12.
Menurut Apple langkah ini akan menggalakkan penjualan Airpods yang dijual berasingan memandangkan pembeli tidak lagi diberi Earpods secara percuma pada pembelian iPhone akan datang.
Menurut Ming-Chi Kuo, Apple dijangka akan mengadakan promosi secara besar-besaran serta memberi diskaun untuk Airpods pada musim cuti perayaan akan datang. Apple juga dijangka tidak akan mengeluarkan model baru untuk Airpods dan Airpods Pro sehingga tahun 2021.
Pandemik COVID-19 menyebabkan penurunan jualan peranti Apple, oleh itu Kuo turut menjangkakan pertumbuhan jualan keseluruhan Apple termasuk peningkatan jualan Airpods Pro bakal meningkat dari 80 juta unit kepada 93 juta unit
Sumber: 9 To 5 Mac