fbpx
Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone

Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone

Bacaan < 1 minit
Apple Didenda 25 Juta Euro Kerana Mengeluarkan Kemaskini Yang Menurunkan Prestasi iPhone

 

 

Apple didenda 25 juta Euro oleh Kumpulan Pengguna Perancis kerana sengaja memperlahankan prestasi beberapa model iPhone berikutan kemaskini iOS 10.2.1 dan iOS 11.2. 

Directorate General for Competition, Consumption and the Suppression of Fraud (DGCCRF) yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Ekonomi menyimpulkan bahawa Apple telah gagal memaklumkan pengguna bahawa kemaskini iOS keatas iPhone yang lama akan memperlahankan prestasi iPhone mereka.

Pada tahun 2017, siasatan dilakukan terhadap Apple dalam satu kenyataan melaporkan bahawa tindakan mereka memperlahankan prestasi iPhone untuk mengelakkan iPhone terpadam dengan sendiri dan menjaga jangka hayat bateri.

Apple juga telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tersebut dan menawarkan penukaran harga bateri iPhone yang lebih rendah sepanjang tahun 2018 . Malaysia juga terlibat dalam program penggantian bateri ini dengan harga bateri serendah RM121

 

 Rujukan : MacRumors , Techspot , BBC News