Aplikasi Youtube Pada Samsung Galaxy Z Flip Kini Menyokong Flex Mode
Galaxy Z Flip merupakan peranti dengan skrin boleh lipat yang ke-2 dari Samsung selepas kemunculan Samsung Galaxy Fold. Berbeza dengan Samsung Galaxy Fold yang mempunyai saiz skrin umpama tablet, Samsung Galaxy Z Flip yang kompak ini mempunyai saiz skrin sama seperti telefon pintar yang lain apabila lipatannya dibuka.
Antara ciri unik yang membezakan Samsung Galaxy Z Flip dengan telefon pintar Samsung yang lain adalah Flex Mode serta gabungan reka bentuk clamshell. Dalam Flex Mode antaramuka skrin boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip akan terbahagi dua, dimana skrin dibahagian atas menjadi paparan utama, manakala skrin dibahagian bawah terletaknya butang kawalan.
Samsung telah berkejasama dengan Google untuk membawa kemaskini pada aplikasi Yotube bagi menyokong Flex Mode. Dengan kemaskini terbaru ini, pengguna boleh menonton video di Yotube dengan paparan nisbah yang lebih baik dan kemas dalam Flex Mode.
Selain daripada Youtube, Samsung dan Google juga berkerjasama untuk mereka bentuk semula aplikasi dari peringkat sistem operasi, ini juga termasuk integrasi Android Support Library menjadikannya lebih mudah untuk membawa Flex Mode ke lebih banyak perkhidmatan pihak ketiga.
Sumber: Samsung