fbpx
Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille

Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille

Bacaan 2 minit

Android Kini Menyokong Papan Kekunci Braille

Braille adalah sistem tulisan bagi OKU penglihatan yang terdiri daripada titik-titik timbul yang mewakili aksara tertentu dan dapat dibaca secara sentuhan jari. Google memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam mengakses peranti pintar.

Terdahulu Google menawarkan ciri Talkback yang membolehkan pengguna OKU penglihatan berinteraksi dengan peranti mereka. Kini Google mengambil langkah dengan menawarkan ciri papan kekunci braille pada peranti Android.

Google bekerjasama dengan pembangun braille dan pengguna braille dalam proses membina fungsi ini agar fungsi ini mesra kepada pengguna OKU penglihatan yang sudah biasa menggunakan braille.

Papan kekunci braille ini menggunakan susun atur 6-kekunci standard dan setiap kekunci mewakili salah satu 6 titik braille yang bila ditekan, menjadikan satu huruf atau simbol. Sebagai contoh, untuk menaip huruf ‘A’, hanya tekan pada titik 1 dan untuk menaip huruf ‘B’, tekan titik 1 dan 2 sekaligus.

Untuk mengaktifkan fungsi papan kekunci braille ini pada pada peranti Android, pergi ke bahagian Tetapan/Setting Setting > Accessibility > TalkBack > Setting > papan kekunci Braille dan pilih “Tap to set up”, serta ikuti langkah seterusnya di pautan ini.

Papan kekunci ini boleh digunakan untuk pelbagai urusan termasuk penghantaran e-mel, menaip teks mesej, dokumen atau kegunaan media sosial. Pada waktu ini papan kekunci braille hanya menyokong braille gred 1 dan 2 dalam Bahasa Inggeris sahaja dan tersedia untuk peranti Android yang menjalankan sistem operasi (OS) Android 5 dan keatas.

Sumber: Google